BACCARAT

BACCARAT

BACCARAT






Kenalilah Baccarat Kasino yang popular dan menerujakan!
Kenalilah Baccarat Kasino yang popular dan menerujakan!

Baccarat telah menjadi kegemaran orang ramai pada satu masa yang lama. Para pemain suka menyertai permainan ini dan kasino juga suka menganjurkan pertaruhan ini. Baccarat mempunyai tarikannya yang tersendiri sehingga menyebabkan ia mendapat sambutan yang hangat dan digemari ramai. Untuk mengkaji mengapakah baccarat kasino disukai, kita hendaklah terlebih dahulu mengenali asal usulnya dan perkembangan ia. Artikel ini membincangkan sejarah permainan ini dan pertumbuhan baccarat di kasino.

Asal usul baccarat kasino

Rekod pertama mengenai baccarat ditulis pada abad ke-19. Sebelum itu, terdapat juga teori mengenai permainan yang bersifat sumber primer dari segi keterangan lisan tetapi ia bukanlah maklumat yang boleh dipercayai 100%. Permainan Baccarat dikatakan direka oleh seorang lelaki Itali yang bernama Felix Falguiere atau Felix Falguierein pada tahun 1400-an. Beliau menamakan ia sebagai ‘baccara’ yang bermakna kosong dalam bahasa Itali kerana semua kad 10 dan kad yang bergambar bernilai kosong. Namun, ejaan Perancis iaitu ‘Baccarat’ digunakan secara meluas selepas itu.

Terdapat beberapa versi cerita mengenai sejarah bagi permainan ini dan kita akan membincangkan semuanya.

Baccarat berasal dari Tamadun China atau Tamadun Rome?

Teori pertama ialah permainan ini mungkin berasal dari permainan tanpa kad yang bernama Pai Gow di tamadun China. Ia menggunakan jubin dan bukannya kad. Pandangan ini terbentuk kerana Pai Gow bermaksud ‘menjadikan sembilan’ dan dalam Baccarat, mata yang terbaik adalah sembilan. Namun begitu, ia tidak disokong dengan bukti yang kukuh.

Teori yang kedua juga dibentuk kerana sembilan mata merupakan mata yang terbaik namun, anggapan kali ini adalah Baccarat berasal dari Tamadun Rome. Ia berdasarkan sebuah lagenda bahawa seorang wanita dara tua dikehendaki membaling dadu yang mempunyai sembilan permukaan dan keputusan tersebut akan menetapkan takdirnya. Jika dia mendapat 8 atau 9 mata, dia boleh menjadi seorang paderi tetapi jika dia mendapat 6 atau 9 mata, dia dibenarkan untuk hidup namun tidak dibenarkan untuk menyertai sebarang acara keagamaan atau kemasyarakatan. Jika dia mendapat mata kurang daripada 6, dia akan dilemaskan dalam laut.

Kita boleh nampak dari sinilah peraturan Baccarat berasal. Kini, sesiapa yang mendapat mata lebih rendah daripada 6 mata, dia akan kalah dalam permainan tersebut. Namun, tiada sesiapa yang tahu mengapa dadu dan jubin yang digunakan pada masa dahulu telah bertukar menjadi kad pada zaman moden.

Perkembangan Baccarat ke Perancis

Penggunaan kad pada meja permainan ditemui di manuskrip yang ditulis pada tahun 1330-an. Pada mulanya, permainan kad tidak begitu popular kerana ia adalah sukar didapati dan tidak dikenali ramai. Kad- kad tersebut hendaklah dicatkan dengan tangan ataupun dicopkan pada kepingan blok. Teknik ini menyerupai kaedah yang digunakan pada jubin pai gow yang diperkenalkan oleh Marco Polo di Itali pada akhir tahun 1290-an. Setelah pencetakan berita telah dicipta, permainan kad telah disebarkan secara meluas kerana kad telah dicetakkan sebanyak 78 kad dalam sepaket.

Baccarat diperkenalkan di Perancis oleh para tentera yang pulang dari Itali selepas peperangan yang berlaku pada tahun 1490-an. Dalam tempoh masa yang pendek, ia menjadi popular dalam kalangan golongan bangsawan. Pada masa tersebut, terdapat dua versi Baccarat iaitu Baccarat en Banque dan Chemin de Fer (yang dimainkan pada era Napoleon). Louis Philip telah mengharamkan kasino pada tahun 1837, tetapi ia masih dimainkan secara berterusan di pertubuhan perjudian yang beroperasi di bawah tanah. Oleh itu, ia mampu mengekalkan popularitinya.

Nama “Chemin de Fer” (jalan besi) dicipta kerana kad-kad tersebut diletakkan di dalam kotak besi. Pada masa itu, jalan kereta api yang pertama di Perancis telah dibuka semasa permainan kad ini mula menjadi popular. Seorang pakar matematik iaitu Charles Van- Tenac telah menulis dan menerbit sebuah buku yang menelitikan analisa matematik bagi permainan ini.

Ketibaan Baccarat di Amerika Syarikat

Baccarat 2

Permainan Baccarat dikatakan telah diperkenalkan pada 1911 dan ia merupakan tahun pertama dimana ia dimainkan di kasino Amerika. Penyataan ini disokong oleh dua orang penulis dan pakar permainan kad yang mahir dalam Baccarat iaitu John Scarne dan Steve Forte. John Scarne menyatakan bahawa Chemin de Fer dimainkan di New York pada 1911. Beliau berpendapat bahawa pada masa tersebut ia tidak begitu popular seperti permainan yang lain seperti Blackjack dan Craps yang sering dimainkan oleh para tentera pada tempoh perang dunia ke-2.

Walau bagaimanapun, anggapan itu telah dibantah oleh industri penerbitan dan pencetakkan berita. Mereka berkata terdapat rekod bertulis yang menunjukkan bahawa Baccarat dimainkan di Amerika Syarikat pada tahun 1871. Sumber tersebut datang daripada artikel New York Times. Terdapat artikel yang lain pada 1899 yang memperincikan penangkapan 30 orang lelaki Perancis yang sedang bermain Baccarat pada masa itu. Ini bermaksud permainan kad ini telah wujud di Amerika Syarikat lebih lama daripada tempoh masa yang disangkakan.

Walaupun ia mula dimainkan di kasino pada masa yang sangat awal, ia tidak termasuk dalam undang- undang Assembly Bill yang membenarkan perjudian pada tahun 1931. Baccarat mula mendapat sambutan yang hangat bermula pada 1959 apabila Tommy Renzoni memperkenalkan versi baharu yang dikenali sebagai Punto Banco di Las Vegas. Versi ini dimainkan di kebanyakkan kasino di Amerika Syarikat, United kingdom dan Australia. Ia dibangunkan di kasino Mar Del Plata di Argentina pada awal 1950-an.

Kasino Las Vegas Sands telah mencipta sejarah apabila ia membuka meja Punto Banco yang pertama pada tahun 1959. Pada mulanya, banyak wang yang telah dimenangi oleh para pemain. Ini menyebabkan Las Vegas Sands telah mengalami kerugian hampir mencecah $250,000.00. Namun begitu, lama kelamaan kasino itu mula mengaut keuntungan dalam permainan ini.

James Bond mempopularkan Baccarat Kasino

Baccarat 3

Penulis kepada novel James Bond menceritakan watak tersebut memainkan Baccarat dalam beberapa siri tersebut iaitu Casino Royale, Thunderball, On Her Majesty’s Secret Service, For Your Eyes Only dan GoldenEye. Ramai yang tertarik dengan watak tersebut yang dilakonkan oleh Daniel Craig dan lain- lain yang bermain Baccarat di Kasino dan memenangi wang. Sememangnya James Bond mempunyai gaya yang istimewa dan ini menjadikan Baccarat Kasino lebih terkenal.

Baccarat Kasino menjadi kegemaran pada zaman moden.

Setelah membaca asal usul permainan ini, kita dapat tahu bahawa Baccarat Kasino mempunyai sejarah yang panjang dan bermakna. Pada zaman moden, permainan ini terus berkembang dan cara permainannya juga telah bertukar jikalau kita membandingkannya dengan cara permainan pada zaman dahulu. Ia masih menjadi salah satu kegemaran para penjudi oleh kerana ia senang dimainkan dan peluang kemenangannya adalah bagus berbanding dengan permainan kasino yang lain.







1xbet

TOP CASINO LIST





SunCityMobi

Sun City Mobi

New Member Receive RM9 free credit





High5

High International Gambling Company

200% welcome bonus
+50 free spins





GDBet333

GDBet333 International Betting Company

200% welcome bonus
+50 free spins



1xbet