Blackjack; kasino klasik yang memberi peluang untuk menang Duit Besar

Blackjack; kasino klasik yang memberi peluang untuk menang Duit Besar

Blackjack; kasino klasik yang memberi peluang untuk menang Duit Besar

Sudah tentu anda pernah mendengar permainan Blackjack ataupun “twenty one”. Anda mungkin tidak pernah bermain dengan permainan ini ataupun anda tidak mengetahui cara permainan secara mendalam, anda semestinya paling kurang pernah mendengar nama permainan ini. Tidak dapat dinafikan, Blackjack merupakah salah sebuah permainan kasino yang paling mendebarkan dan menyeronokkan. Ia merupakan sebuah permainan yang klasik yang telah wujud untuk satu masa yang lama tetapi permainan ini juga terdapat dalam kasino online seperti dalam laman sesawang kami.

Apakah blackjack?

Blackjack, permainan kasino yang klasik dan mendebarkan

Artikel ini akan memperkenalkan Blackjack kepada anda dari segi apakah Blackjack dan juga sejarah Blackjack.

Blackjack merupakan sebuah permainan daun terup yang melibatkan beberapa pemain dan seorang dealer. Bilangan pemain minimum yang diperlukan dalam permainan ini adalah sebanyak dua orang manakala tiada bilangan pemain maksimum tetapi biasanya bilangan pemain adalah dari dua sehingga tujuh orang pemain. Objektif permainan ini adalah para pemain akan bertanding dengan Dealer untuk mendapatkan genggaman (jumlah mata kad- kad yang akan diberikan oleh Dealer apabila permainan tersebut bermula) yang terbaik tetapi para pemain tidak akan bertanding sesama mereka. Permainan ini biasanya dimainkan dengan kad daun terup satu dek yang mengandungi sebanyak 52 keping kad ataupun lebih daripada satu dek. Kad- kad tersebut akan dikocok dan diedarkan kepada para pemain oleh Dealer.

Para pemain boleh mengalahkan dealer dengan:

  1. Mendapatkan 21 mata dengan kad pertama dan kedua yang diedarkan oleh dealer
  2. Mendapatkan mata terakhir yang lebih tinggi daripada dealer tanpa melebihi 21 mata

atau

  1. Membiarkan dealer mengambil kad tambahan sehingga mata genggamannya melebihi 21 mata

Kemenangan dalam blackjack bermaksud pemenang akan mendapat ganjaran wang dalam nisbah 3:2. Apabila anda membaca sehingga sini, anda mungkin berasa ini merupakan permainan yang menarik dan anda mungkin berasa hairan siapakah yang mencipta Blackjack dan bagaimanakah ia dicipta?

Sejarah Blackjack

Bagaimanakah Blackjack mendapat namanya?

Ramai orang yang bermain dengan Blackjack tanpa mengetahui mengapakah ia dipanggil sebagai Blackjack. Ceritanya adalah sebegini. Apabila permainan ini tiba di Amerika Syarikat, pertubuhan perjudian menawarkan kadar bayaran bonus kepada para pemain sebagai satu strategi pemasaran untuk permainan ini. Salah satu bonus tersebut adalah bayaran 10 kepada 1 jikalau genggaman pemain mendapat kad Ace dengan Jack, Club ataupun Spades. Permainan ini menjadi popular dari sehari hingga sehari tetapi kadar bayaran bonus tersebut tidak lagi diberikan tetapi nama tersebut tetap disebut dan akhirnya ia menjadi nama kepada permainan kad yang paling terkenal di dunia.

Namun begitu permainan ini mempunyai nama yang berbeza di negara yang berbeza seperti di Rusia, Blackjack dipanggil sebagai “Ochko”.

Asal- usul Blackjack

Sebenarnya, tiada sesiapa tahu dimanakah permainan ini berasal termasuklah para pengkaji. Sejarahnya telah lama hilang dalam peredaran zaman. Sehingga kini, tiada persetujuan sebulat suara yang dicapai mengenai dari manakah permainan ini dicipta dan siapakah penciptanya. Twenty one telah berkembang dari segi cara permainan dan variasinya yang berbeza setelah penciptaannya. Walaupun tiada sesiapa boleh memberikan jawapan yang tepat mengenai sejarahnya, para pengkaji bersetuju dengan satu teori bahawa ia berkemungkinan berkembang daripada permainan Perancis iaitu Vingt-et-un. Penterjemahan bagi Vingt-et-un bermaksud dua puluh satu (Twenty one). Permainan daun terup ini adalah sangat popular semenjak permulaan abad ke-18 dan ia sering dimain oleh Raja Louis XV di istananya.

Blackjack, permainan kasino yang klasik dan mendebarkan

Namun, terdapat permainan kad yang lebih tua dimana Blackjack mungkin mendapat pengaruhnya dan boleh dianggap sebagai pendahulu kepada Blackjack. Permainan tersebut adalah seperti Trente-Un dari Spanyol yang bermaksud tiga puluh satu, Sette e Mezzo dari Itali yang bermaksud tujuh setengah dan Quinze dari Perancis yang bermaksud 15. Ada juga yang berpendapat bahawa Blackjack mungkin mengambil pengaruh daripada permainan kad Perancis seperti Chemin de Fer dan French Ferme yang sangat terkenal pada masa tersebut. Satu lagi teori yang sangat terkenal tetapi ia tidak berkaitan dengan permainan kad Perancis. Sesetengah para pengkaji berasa Blackjack merupakan satu penciptaan orang Roman semasa tamadun Rome.

Blackjack, permainan kasino yang klasik dan mendebarkan

Hal ini kerana pada masa dahulu, orang Roman gemar berjudi tetapi sehingga kini tiada sesiapa yang boleh mengesahkan teori ini. Dalam permainan Itali Sette e Mezzo ia dimainkan dengan kad satu dek yang mempunyai 40 keping kad. Manakala dalam Trente-Un yang berasal dari Spanyol, dalam permainan tersebut anda perlu mendapatkan mata dekat dengan 31 mata. Ia tidak seperti Blackjack moden dimana King, Jack dan Queen mewakili 10 mata. Dalam Trente-Un, Jack mewakili 11 mata, Queen mewakili 12 mata dan King mewakili 13 mata. Semua objektif permainan- permainan kad ini adalah untuk mengambil kad tambahan supaya mata anda akan mendekati nilai tertentu tanpa melebihi nilai tersebut.

Permainan ini dibawa ke Amerika Syarikat pada abad ke-18 oleh penjajah Perancis dan pada masa tersebut ia dikenali sebagai Twenty One (21). Sudah tentunya peraturan Blackjack pada masa tersebut adalah berbeza berbanding dengan peraturan versi Blackjack moden. Apabila Blackjack disebarkan ke Amerika Syarikat, 21 di Perancis telah hilang secara beransur- ansur disebabkan oleh undang- undang larangan perjudian yang terdapat di Perancis. Permainan ini tidak lagi dimainkan pada abad ke-19. Di Amerika Syarikat, permainan ini menjadi popular dan mendapat sambutan yang hangat sebaik sahaja Blackjack disebarkan.

Namun, aktiviti perjudian dikritik oleh orang ramai dan juga ahli kongres pada awal tahun 1800. Kemudian, semua permainan di mana para pemain bertaruh menentang tuan rumah telah diharamkan pada tahun 1860. Blackjack hanya dimainkan secara rahsia dan ia terus berkembang sehingga menjadi permainan versi moden yang terdapat pada hari ini. Pada tahun 1931, Nevada, Amerika Syarikat telah menjadikan aktiviti perjudian sah disisi undang- undang. Peminat Blackjack sangat gembira dan permainan ini tidak lagi dimainkan secara rahsia oleh orang ramai tetapi di dalam pertubuhan kasino.

Kasino menggunakan strategi pemasaran untuk menarik orang ramai bermain dengan Blackjack. Sesetengah kasino menawarkan kadar pembayaran yang istimewa iaitu 10:1 apabila pemain mendapat 21 mata dengan kad Ace of Spades dengan Jack ataupun Clubs. Kadar pembayaran ini adalah sangat tinggi dan ia menarik ramai pemain untuk bermain permainan ini. Begitulah bagaimana Blackjack mendapat namanya. Kadar pembayaran yang istimewa ini tidak diberikan buat masa yang lama dan akhirnya ia telah dikeluarkan oleh kasino. Namun, nama “Blackjack” terus digunakan oleh orang ramai dan ia masih lagi digunakan sehinggalah hari ini.

Kini, permainan ini telah menjadi permainan kasino klasik tetapi masih menjadi permainan kasino kegemaran orang ramai dan ia terdapat di pertubuhan kasino dan juga kasino online. Anda juga boleh bermain permainan ini di laman sesawang ini. Jangan bimbang sekiranya anda merupakan seorang pemula dan tidak tahu cara permainan ataupun peraturan permainannya. Kami akan mengajar anda langkah demi langkah sehinggalah anda menjadi mahir dan pakar kepada Blackjack.

TOP CASINO LIST





SunCityMobi

Sun City Mobi

New Member Receive RM9 free credit





GDBet333

GDBet333 International Betting Company

200% welcome bonus
+50 free spins



1xbet